Bangunan SPRM
Bangunan SPRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyiasat isu pendedahan 'Pandora Papers'.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, isu berkenaan dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.

"Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dengan SPRM sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut berhubung isu terbabit," katanya.

Terdahulu, PDRM mengesahkan menerima empat laporan berhubung pendedahah 'Pandora Papers'.

Bagaimanapun dua daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana laporan berkenaan berhubung gesaan siasatan dakwaan 'Pandora Papers'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 11:59 PM