DATUK Seri Abd Jalil Hassan
DATUK Seri Abd Jalil Hassan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima empat laporan berkaitan pendedahan 'Pandora Papers' mengenai dakwaan wang Malaysia ke luar negara secara haram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Abd Jalil Hassan berkata, daripada empat laporan yang diterima dua daripadanya diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

"Dua laporan itu adalah berkaitan dengan menggesa siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

"Bagi dua lagi laporan polis sudah membuka kertas siasatan dan menjalankan rakaman percakapan pengadu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, satu kertas siasatan yang dibuka sudah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Oktober lalu.

"Manakala satu lagi kertas siasatan akan dirujuk kepada BNM pada 18 Oktober ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 7:02 PM