Bangunan SPRM
Bangunan SPRM
Safeek Affendy Razali


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung isu dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Kertas siasatan itu dibuka selepas aduan berhubung dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi MITRA dilaporkan.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat Pengerusi Pemuda Gen Z berhubung perkara sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

"Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dan mengkaji laporan yang dikemukan berkenaan.

"Siasatan menyeluruh akan dibuat dengan melihat pelbagai sudut termasuk proses kelulusan dan perbelanjaan oleh persatuan, individu atau syarikat yang menerima dana terbabit," katanya.

Katanya, siasatan menyeluruh ini juga adalah bagi mengesan sebarang elemen rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 8:27 PM