Panorama menawarkan pakej menarik sempena inisiatif kerajaan lancarkan projek rintis Gelembung Pelancongan. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Panorama menawarkan pakej menarik sempena inisiatif kerajaan lancarkan projek rintis Gelembung Pelancongan. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Suraya Roslan


Langkawi: Pembukaan semula Pulau Langkawi di Kedah yang menjadi projek rintis Gelembung Pelancongan di negara ini memberi kelegaan kepada sektor perhotelan di negeri ini.

Selepas berbulan-bulan hotel mereka ditutup akibat pandemik Covid-19, pembukaan semula Pulau Langkawi yang mensasarkan kehadiran lebih 200,000 pelancong hingga Disember 2021 menyebabkan semua hotel kini mulai menerima kunjungan tetamu berbanding kosong sebelum ini ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harapan sama turut diletakkan pengurusan Panorama Langkawi Country Resort Hotel (Panorama) yang terletak Jalan Lubuk Semilang, Kuah ini yang berharap pembukaan semula sektor pelancongan di pulau lagenda itu dapat membawa nafas baharu buat mereka selepas terjejas akibat Covid-19 sebelum ini.

Panorama yang berkeluasan lebih dua hektar dibina pada 90-an juga tidak gentar untuk bersaing dengan hotel bertaraf lima bintang lain kerana menyedari keistimewaan dimiliki mereka dengan adanya tarikan tersendiri yang menjadi pilihan pelancong.

Hanya 15 minit dari Pekan Kuah dan 18 minit ke Pantai Cenang, Panorama menjadi pilihan pelancong kerana terletak di tengah-tengah antara dua lokasi tumpuan di pulau itu.

Landskap Panorama berasaskan alam semula jadi menjadi tarikan pelancong selepas kerajaan melancarkan projek rintis Gelembung Pelancongan. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Landskap Panorama berasaskan alam semula jadi menjadi tarikan pelancong selepas kerajaan melancarkan projek rintis Gelembung Pelancongan. FOTO ROHANIS SHUKRI.

Pengurus Besar Panorama, Zaharul Nahar Salleh berkata, pihaknya sedikit lega sebaik kerajaan mengumumkan semula sektor pelancongan Langkawi dibuka kepada pelancong.

"Pembukaan semula sektor pelancongan ini memang memberi kelegaan buat kami selepas berbulan-bulan ditutup.

"Bagaimanapun, kami akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan pelancong," katanya.

Beliau yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang perhotelan berkata, Panorama menjadi tarikan pelancong kerana kawasannya yang menghijau, luas dan mempunyai fasiliti lengkap terutama untuk pelbagai majlis termasuklah kenduri perkahwinan.

"Kami mempunyai 60 bilik dengan pelbagai jenis antaranya 'superior king' khas untuk dua orang, bilik keluarga yang mempunyai dua tilam bersaiz queen dan empat unit apartment yang dilengkapi tiga bilik serta satu ruang tamu.

"Setiap bilik kami boleh disesuaikan dengan jumlah pelancong yang datang dan setiap bilik menghadap kolam renang serta keindahan alam semula jadi yang menghijau.

"Selain itu, bilik hotel dilengkapi televisyen 50 inci, wifi percuma dan kelengkapan mandian khas buat tetamu," katanya.

Katanya, pihaknya kini melakukan promosi khas sempena gelembung pelancongan negara dengan harga serendah RM150 untuk penginapan tiga hari dua malam khas untuk dua orang.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pihaknya juga menyediakan pakej golf buat penggemar sukan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Panorama di talian 04-9552721 atau emel [email protected].

Dewan serbaguna disediakan di Panorama untuk majlis perkahwinan. FOTO ROHANIS SHUKRI.
Dewan serbaguna disediakan di Panorama untuk majlis perkahwinan. FOTO ROHANIS SHUKRI.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 10:58 AM