LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Izad Thaqif Hassan


Sungai Petani: Dua lelaki yang ditemukan meninggal dunia di pusat rawatan psikiatri di Tikam Batu, dekat sini, didapati positif Covid-19.

Ketua Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa dijangkiti virus terbabit.

"Keputusan bedah siasat juga turut mendapati kematian mereka berpunca daripada virus Covid-19," katanya.

Media melaporkan dua lelaki ditemukan meninggal dunia di premis berkenaan semalam dan kelmarin.

Mayat penghuni yang berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan ditemui pengurus pusat rawatan terbabit jam 8.20 malam kelmarin ketika dia mengejutkan mangsa untuk makan ubat.

Mayat kedua pula ditemui jam 1 tengah hari semalam oleh penyelia pusat rawatan itu yang kemudian menghubungi ambulans.

Pemeriksaan mendapati mangsa kedua sudah menerima suntikan vaksin pada 17 September lalu dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    Berita berkaitan:

  • Dua penghuni pusat rawatan psikiatri ditemukan meninggal dunia
  • Sungai Petani: Dua lelaki yang ditemukan meninggal dunia di pusat rawatan psikiatri di Tikam Batu, dekat sini didapati positif Covid-19. Ketua Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Shah berkata, hasil ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa dijangkiti virus terbabit. "Keputusan bedah siasat juga turut mendapati kematian mereka berpunca daripada virus Covid-19, " katanya. Terdahulu, dua lmangsa terbabit masing-masing berusia 25 dan 20 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan dan Perak ditemui meninggal dunia oleh pengurus serta penyelia di pusat rawatan berkenaan. Mayat pertama ditemui jam 8.20 malam kelmarin oleh pengurus pusat rawatan itu ketika dia cuba mengejutkan mangsa untuk makan ubat. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan kematiannya disahkan berpunca daripada jangkitan Covid-19. Mayat kedua pula ditemui jam 1 tengah hari semalam oleh penyelia pusat rawatan itu yang kemudian menghubungi ambulans. Pemeriksaan mendapati mangsa sudah menerima suntikan vaksin pada 17 September lalu dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa juga berpunca daripada virus Covid-19.

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 9:36 PM