DATUK Saiful Azly Kamaruddin. FOTO Arkib NSTP
DATUK Saiful Azly Kamaruddin. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan 33 pegawai kanannya berkuatkuasa 1 November ini.

Mendahului senarai adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang bertukar ke Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan A Skandaguru berkata, jawatan Timbalan Pengarah JPJKK Bukit Aman pula akan disandang Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan.

"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Jauteh Dikun pula akan menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

"Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azizi Mat Aris bertukar ke Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

"Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Datuk Yahaya Othman pula bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Deputi Komisioner," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Skandaguru berkata, Ketua Penolong Pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman, JSJ Bukit Aman Datuk Zainol Samah pula menyandang jawatan Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik, JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

"Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad bertukar ke Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

"Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor pula akan menyandang jawatan Ketua JPJKK Perak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 11:24 PM