Keadaan kemalangan yang memabitkan dua kenderaan, semalam. FOTO Ihsan Bomba
Keadaan kemalangan yang memabitkan dua kenderaan, semalam. FOTO Ihsan Bomba
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Dua mangsa yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 1, Jalan Hamzah, Kuala Kubu Bharu di sini, semalam meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, penumpang kereta Mercedes-Benz E250 yang berusia 69 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 3.15 petang kerana mengalami pendarahan dalam perut dan patah kaki kanan.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa, 40, yang juga anggota tentera yang memandu kereta Proton Wira meninggal dunia pada jam 7.50 malam akibat mengalami pendarahan di kepala dan cedera di paru-paru.

"Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia sebelum itu dirawat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB)," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Semalam dilaporkan dua parah manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta Mercedes-Benz E250 dinaiki empat individu dan kereta Proton Wira dipandu seorang anggota tentera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 6:24 PM