GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Sabah dan Pahang masing-masing dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini hingga 6 Oktober depan.

Manakala satu lagi lokaliti di Pahang dikenakan PKPD bermula esok hingga 5 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Perumahan Ladang FELDA Umas 6, Kalabakan.

"Dua lokaliti di Pahang pula membabitkan Kampung Baru Cenderawasih, Mukim Pekan, Pekan bermula Khamis serta Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd, Bukit Koman, Mukim Gali, Raub pada esok.

"Prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PKPD di dua lokaliti di Sabah pula akan ditamatkan mulai esok.

"PKPD di Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau yang bermula 9 September lalu ditamatkan esok seperti yang dijadualkan," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 8:26 PM