SERAMAI sembilan pati wargenagara Indonesia yang mahu meloloskan diri ke Sarawak mencari pekerjaan ditahan pihak tentera
SERAMAI sembilan pati wargenagara Indonesia yang mahu meloloskan diri ke Sarawak mencari pekerjaan ditahan pihak tentera
Norsyazwani Nasri

Kuching: Cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia meloloskan diri ke Sarawak untuk mencari pekerjaan gagal ditahan pihak berkuasa, hari ini.

Dalam kejadian 10.40 pagi, mereka dikesan menggunakan lorong tikus di Biawak, Lundu kira-kira 300 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dalam kenyataan berkata, kesemua Pati berusia 22 hingga 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota tentera di kawasan terbabit.

"Hasil soal siasat, mereka terdiri lapan lelaki dan seorang wanita didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan mendakwa mahu memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan.

"Kesemua Pati terbabit diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, Tentera Darat khususnya di Sarawak komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng bagi mengekang aktiviti penyeludupan Pati dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 2:26 PM