KHAIRUL Aiman. Gambar kanan, kawasan kediaman penduduk yang terjejas akibat tanah  runtuh. FOTO NSTP
KHAIRUL Aiman. Gambar kanan, kawasan kediaman penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh. FOTO NSTP
Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Seorang penghuni sebuah rumah yang terbabit tanah runtuh di Kemensah Heights di sini, semalam, mendakwa hanya menyedari kejadian itu selepas 10 jam berlalu.

Khairul Aiman Khairuddin, 29, mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pembantu rumahnya pada 7.15 pagi ini.

Ahli perniagaan yang menghuni banglo dua tingkat di kawasan kejadian itu berkata, dia melihat kehadiran kereta peronda polis pada 8.30 malam sebaik pulang bertemu rakannya.

"Saya hanya melihat melalui tingkap bilik di tingkat atas dan menyangka ada kes atau kecemasan di rumah jiran. Saya hanya siapkan kerja sebelum tidur jam 2 pagi.

"Pagi tadi pembantu rumah beritahu ada tanah runtuh. Saya lihat sebahagian tanah di bahagian belakang rumah sudah terhakis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali meninjau kawasan kediaman Khairul Aiman, yang terjejas akibat runtuhan.

Bercerita lanjut, Khairul Aiman berkata, dia tidak mendengar sebarang bunyi bising akibat runtuhan yang berlaku pada malam itu dan bersyukur tiada kejadian tidak diingini menimpanya serta pembantu rumah.

Dia kini berpindah ke rumah keluarga di Setiawangsa sementara sehingga kediamannya disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

Berita berkaitan

'Bina cerucuk besi di lokasi tanah runtuh' - Azmin [METROTV]

103 penduduk Kemensah Heights dipindahkan

Tanah runtuh Kemensah Heights: KSM sedia bantu

'Dengar bunyi meletup' [METROTV]

Kolam renang, belakang banglo 'menggelongsor' ke sungai

Aliran air bawah tanah punca runtuhan di Kemensah Heights

28 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Kemensah Heights

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 6:22 PM