GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Lebih separuh dari jumlah penduduk dewasa di Sabah sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap direkodkan setakat semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah peratusan penduduk dewasa yang menerima vaksin lengkap adalah sebanyak 53.9 peratus.

"Setakat 14 September ini, menurut statistik Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Negeri Sabah, penduduk Sabah dewasa layak divaksin seramai 2,758,400.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 53.9 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin manakala sebanyak 68.6 peratus lagi sudah memperolehi satu dos," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri turut berkata, jumlah kes harian Covid-19 di Sabah semalam kekal sebanyak empat angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 2,015 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 179,311 kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 8:06 AM