Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Pemberian suntikan vaksin Covid-19 untuk remaja di negeri ini akan dimulakan pada minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubung data lengkap pelajar termasuk di sekolah swasta.

"Jika tiada halangan, kita akan teruskan dengan vaksinasi kepada remaja pada minggu hadapan.

"Kita berasa lebih yakin bahawa data yang dibekalkan oleh sekolah sama ada di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), JPN atau swasta lebih tepat.

"Mungkin sebahagiannya tiada dalam data sistem pendidikan tapi ia hanya jumlah yang kecil," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima 14 mesin 'Oxyigen Concentrator' sumbangan Firma Guaman Afiq & Co di lobi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, peratusan individu yang divaksin amat menggalakkan di negeri berkenaan selepas menerima banyak bekalan vaksin.

Menurutnya, berdasarkan data dan maklumat, setakat ini hanya peratusan kecil dalam kalangan individu belum divaksin.

"Kemungkinan sebahagian besar penduduk negeri ini berada di luar Kelantan dan mendapat vaksin di tempat mereka menetap, jadi kita akan tengok balik data untuk memastikan peratusan sebenar," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 12:54 PM
    Dr Zaini (kiri) mendengar penerangan daripada wakil Firma Guaman Afiq & CO, Afiq Farhan Mohd Hanipha (kanan) selepas menyerahkan 14 mesin Oxyigen Concentrator di lobi ACC HRPZ II di sini hari ini. FOTO SITI ROHANA IDRIS
    Dr Zaini (kiri) mendengar penerangan daripada wakil Firma Guaman Afiq & CO, Afiq Farhan Mohd Hanipha (kanan) selepas menyerahkan 14 mesin Oxyigen Concentrator di lobi ACC HRPZ II di sini hari ini. FOTO SITI ROHANA IDRIS