Mohamad Mat Yusop (tengah) menerima kad ucapan daripada Rusni Shamsudin di pejabatnya di Seremban hari ini. Foto Mohd Amin Jalil.
Mohamad Mat Yusop (tengah) menerima kad ucapan daripada Rusni Shamsudin di pejabatnya di Seremban hari ini. Foto Mohd Amin Jalil.
Mohd Amin Jalil


Seremban: "Saya teruja dan rasa amat dihargai. Ini pertama kali saya menerima kunjungan hormat daripada tenaga pengajar kelas tabika sejak menjadi Ketua Polis Negeri Sembilan," ujar Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan guru dan kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan Kampung Semarak, di pejabatnya di sini, tadi.

Mohamad berkata, program kunjungan seperti itu dapat mendidik kanak-kanak berhubung peranan agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keselamatan serta keamanan negara.

"Mereka datang menyampaikan kad ucapan sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

"Saya mewakili Kontinjen Polis Negeri Sembilan ucapkan terima kasih kerana Tabika Kampung Semarak memilih pasukan ini untuk menyampaikan penghargaan," katanya selepas menerima kad ucapan berkenaan disampaikan guru Tabika terbabit, Rusni Shamsudin di pejabatnya di sini.

Menurut Mohamad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri dalam mengetengahkan elemen perpaduan dalam masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 5:09 PM