Kamarul (dua dari kanan) meninjau program derma darah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Kamarul (dua dari kanan) meninjau program derma darah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Seramai 94 pegawai, anggota dan kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini menderma darah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, program dua hari bermula semalam itu diadakan bagi membantu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapatkan bekalan darah.

"Program derma darah ini diharap dapat dilaksanakan secara berterusan kerana pegawai dan anggota saya tak segan silu membantu, malah cara ini kita dapat membantu pihak hospital mendapatkan bekalan darah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada penderma dan juga pihak hospital," katanya ketika ditemui dalam program darah itu di IPK Kedah, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya Datuk Mohd Roze Shaari dan pegawai kanan PDRM Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 6:07 PM