GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Oleh Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Sabah mencatat 84 kematian akibat Covid-19, semalam, rekod harian tertinggi pernah dicatatkan sejak lebih setahun pandemik itu.

Jumlah itu meningkat sebanyak 31 kes berbanding 53 kes yang dilaporkan kelmarin selain jauh melepasi catatan tertinggi sebelum ini iaitu 55 kes kematian yang direkodkan pada 4 September lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kematian semalam, daerah Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak dengan 18 kes, diikuti Sandakan sebanyak 14 kes.

"Selebihnya, sebanyak 10 kes kematian dilaporkan di Kota Belud, diikuti sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau.

"Selain itu, masing-masing empat kes direkodkan di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas, diikuti tiga kes di Tuaran, masing-masing dua kes di Keningau, Putatan, Papar dan Tenom, manakala Semporna, Kunak dan Nabawan masing-masing mencatat satu kes," kematian dalam kenyataan media malam tadi.

Secara kumulatif, katanya, sehingga kini Sabah mencatat sebanyak 1,674 kes kematian akibat Covid-19 atau mewakili 0.96 peratus daripada keseluruhan kes positif yang direkodkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 8:56 AM