Ibu bapa perlu menitikberatkan isu kediaman bagi memastikan minda anak berkembang dengan sihat. - FOTO hiasan
Ibu bapa perlu menitikberatkan isu kediaman bagi memastikan minda anak berkembang dengan sihat. - FOTO hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

PERKEMBANGAN minda anak menjadi keutamaan setiap ibu bapa.

Memastikan mereka mendapat pemakanan dan pendidikan yang cukup adalah kunci utama membentuk keluarga sihat selain menjamin masa depan cerah.

Pengurus projek, Ku Nurul Husna Ku Mohd Nasir, 29, berkongsi kediaman selesa diperlukan bagi menjamin perkembangan minda yang baik dan sihat.

Katanya, bilik yang banyak boleh dijadikan ruang tidur dan bermain berasingan supaya anak dapat lebih meneroka.

"Minda kanak-kanak juga memerlukan persekitaran semulajadi untuk berkembang. Kemudahan seperti taman permainan juga penting untuk mereka beriadah.

"Sebagai ibu bapa, kita perlu pandai mencorakkan sendiri keadaan rumah dan sekeliling bagi mendapatkan keselesaan mengikut kemampuan," katanya.

Suri rumah, Nur Ain Anne Allan, 27, turut berkongsi pendapat sama kerana padanya bilik yang berasingan amat diperlukan atas dasar privasi dan kegunaan jangka masa panjang.

"Kalau mereka sudah besar, tidak kiralah anak lelaki atau perempuan paling tidak ada privasi masing-masing kerana kadangkala mereka juga perlukan masa dan ruang untuk bersendirian.

Pentadbir, Norhanisah Asbdullah, 27, berkata berkongsi kemudahan lengkap, infrastruktur dan fasiliti selamat antara aspek utama yang harus ditekankan.

Katanya, faktor berkenaan penting bagi memastikan keselamatan anak dan ibu bapa terjamin.

"Ruang yang selesa, selamat dan praktikal di dalam rumah adalah penting untuk menjamin keselamatan dalam proses perkembangan minda anak.

"Aspek tersebut perlu diutamakan kerana anak-anak tidak tertekan dan ibu bapa juga mudah memantau anak-anak dalam ruang rumah yang selamat dan praktikal," katanya.

Norhanisah berkata, kemudahan dan perkhidmatan awam seperti sekolah, hospital, balai polis, balai bomba dan pasar raya berdekatan juga antara faktor memilih kediaman yang bagus untuk anak membesar.

"Ini perlu ditekankan kerana sekiranya berlaku apa-apa, mudah untuk ibu bapa mendapatkan bantuan terutama membabitkan pihak berkuasa," katanya.

Buat anda yang mencari kediaman selesa dan lengkap dengan kemudahan, Glomac memperkenalkan Primrose @ Saujana KLIA.

Image

Bercirikan konsep terbuka, kediaman teres dua tingkat dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik air beserta pelbagai kemudahan dan tarikan pastinya melengkapi kehidupan bergaya moden.

Terletak di Saujana KLIA, lokasi yang strategik berdekatan dengan pusat pentadbiran Putrajaya ini dihubungkan dengan rangkaian lebuhraya Elite dan lebuhraya MEX untuk ke bandaraya Kuala Lumpur.

Primrose @ Saujana KLIA memberi peluang anda menikmati aktiviti riadah bersama tersayang dengan kemudahan tersedia ada.

Antaranya, laluan pejalan kaki dan trek joging dengan lanskap khas yang menghubungkan sebuah taman seluas 1.3 ekar yang meliputi taman permainan kanak-kanak dan gelanggang bola keranjang.

Saujana KLIA turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pusat komersil, tempat tarikan pelawat, pusat perubatan, pusat pendidikan, institusi pengajian tinggi dan banyak lagi.

Image

Projek hartanah Primrose @ Saujana KLIA ini adalah sebahagian daripada kempen #SomethingForEveryone anjuran Glomac.

Ia memberi peluang kepada warganegara Malaysia untuk memiliki kediaman impian mereka daripada pilihan hartanah ditawarkan Glomac.

Antaranya, 121 Residences, Damansara Utama, Dahlia Sari, Saujana Perdana, Sungai Buloh dan Plaza @ Kelana Jaya. Setiap satu dihasilkan dengan tarikan berbeza dan mengikut kemampuan pembeli.

Selain Lembah Klang, Glomac turut menawarkan keistimewaan kempen #SomethingForEveryone untuk warga selatan dengan penawaran projek Freesia, Saujana Jaya, Kulai, Johor.

Bersempena kempen #SomethingForEveryone, Glomac turut mengadakan permainan dalam talian seperti soal jawab, teka teki gambar dan permainan padanan memori.

Pilih permainan pilihan anda yang boleh diakses melalui laman web Glomac bagi merebut hadiah menarik.

Layari laman web Glomac hari ini untuk memilih projek hartanah pilihan anda.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi wakil jualan Glomac di talian 03-87059888 atau 014 6532669 (Addina) atau 012 9832312 (Salehuddin).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 5:53 PM