GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kampung Sugiang Baru di Tenom dan Kampung Rapak di Ranau di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 9 September hingga 22 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Kampung Rampayan Laut di Kota Belud dilanjutkan bermula 9 September hingga 22 September ini.

"Perlanjutan itu dibuat selepas meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PKPD di tiga lokaliti di Tumpat Kelantan iaitu Kampung Gerong Mukim Sungai Pinang, Kampung Baru Nelayan Mukim Tumpat dan Kampung Talak, Mukim Jal Besar ditamatkan esok, lebih awal daripada dijadualkan pada 10 September.

Sementara itu, beliau berkata, PKPD di tiga perkampungan Orang Asli di Ulu Telom, Cameron Highlands iaitu Kampung Sungai Kabut, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Manakala, katanya, PKPD di dua lokaliti di Bera iaitu Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah ditamatkan esok, lebih awal daripada dijadualkan pada 14 September 2021.

"PKPD di dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Kampung Gudon, Menggatal, Kampung Lobou, Kampung Tengah, Kinarut, Papar, Kampung Timbua-Kembirou -Lubou Baru, Ranau, ditamatkan esok seperti dijadualkan.

"PKPD di dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Sentosa Blok 4, Batu 2, Lorong Saddani, Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang dan Taman Sri Panglima. Beaufort, Sabah ditamatkan esok seperti dijadualkan," katanya.

Katanya, PKPD di enam lokaliti di Tuaran, Sabah iaitu Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung KIndu, Taman Sri Rugading, Taman Telipok Ria dan Kampung Serusop ditamatkan esok seperti dijadualkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 September 2021 @ 8:03 PM