GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 15,032,301 individu atau 64.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya, hari ini, memaklumkan, seramai 19,741,754 individu atau 84.3 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam 34,752,340 dos.

Menurut JKJAV, 60.5 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46.0 peratus sudah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 261,768 dos dengan 115,473 daripadanya adalah dos pertama manakala 146,295 sudah melengkapkan penerimaan dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 9:02 AM