PETUGAS kesihatan memasukkan cecair vaksin Covid-19 menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) di Program Qutreach Vaksinasi Covid-19 di Sekolah Menengah Arab (U) Istiqamah Badang di Kota Bharu, semalam. Menerusi program itu dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 individu yang akan divaksinasi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 14,648,590 individu atau 62.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 19,389,392 individu atau 82.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.

Menurut JKJAV, 59.4 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 44.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 302,804 dos dengan 142,186 merupakan dos pertama dan 160,618 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 10:33 AM