GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Roji Kawi


Kuching: Varian Delta kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjangkiti pesakit Covid-19 di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr David Perera berkata, pihaknya membuat penjujukan genom terhadap 220 kes positif pada 17 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 179 Varian of Concern (VOC) dan Varian of Interest (VOI) dikesan, yang mana 178 adalah varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes VOI Indonesia.

"Hampir semua kes jangkitan di Bahagian Kuching adalah varian Delta iaitu 68 daripada 69 kes," katanya dalam laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini,

Menurutnya, kadar pengesanan yang tinggi terhadap varian Delta juga dikesan di Bahagian Samarahan iaitu 38 dan di Serian dengan 16 kes.

Dr Perera berkata, peningkatan ketara varian itu dikesan di Bintulu dengan 20 kes, Sibu sebanyak 16 kes dan Miri sembilan kes.

"Varian yang sama juga telah dikesan di Mukah iaitu tujuh kes, Betong dua kes dan Sarikei satu kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 4:48 PM