GAMBAR hiasan. FOTO ARKIB NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO ARKIB NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Sebanyak 14 lokaliti di Johor, Sabah, Kelantan dan Terengganu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok dan Sabtu ini hingga 9 dan 10 September nanti.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

"Kampung Orang Asli Simpang Arang, Johor Bahru, Johor, akan dikenakan PKPD bermula esok hingga September ini.

"Tiga lokaliti di Sabah iaitu Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau dan Kampung Paris 3, Kinabatangan pula dikenakan PKPD bermula Sabtu ini hingga 10 September nanti.

"Tiga lokaliti di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Gerong, Mukim Sungai Pinang; Kampung Baru Nelayan, Mukim Tumpat dan Kampung Talak, Mukim Jala Besar turut dikenakan PKPD bermula Sabtu ini hingga 10 September ini.

"Selain itu, tujuh lokaliti di Mukim Paka, Dungun, Terengganu, iaitu Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Emas turut dikenakan PKPD dalam tempoh sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, dua lokaliti iaitu Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd, Mukah, Sarawak yang dikenakan PKPD sehingga esok akan dilanjutkan bermula Sabtu ini hingga 10 September nanti.

Beliau berkata, PKPD di lima lokaliti di Sabah iaitu Kampung Gambaron 2, Telupid; Kilang & Kuarters Pekerja Timber Sdn Bhd, Batu 27, Jalan Sook; Perusahaan & Kuarters Pekerja Kosinar Sdn Bhd, Batu 28, Jalan Sook; Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

"Selain itu, PKPD di sembilan lagi lokaliti iaitu Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling, Kedah; Apartmen Amber Court & Tapak Bina Grand Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong, Pahang; Kampung Gadak, Rompin, Pahang; Kampung Chenerai, Pasir Mas, Kelantan; Kampung Lubok Kawah, Pasir Mas, Kelantan; Kampung Pohon Tanjong, Pasir Mas, Kelantan; Kampung Pak Jak, Pasir Mas, Kelantan; Kampung Landar (sebahagian kampung) Pasir Mas, Kelantan dan Tapak Bina Spanish Garden, Kinta, Perak turut ditamatkan esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 9:27 PM