Kata-kata semangat yang terpilih akan diabadikan pada bucket KFC yang ikonik. - FOTO KFC Malaysia
Kata-kata semangat yang terpilih akan diabadikan pada bucket KFC yang ikonik. - FOTO KFC Malaysia
Nur Amirah Abd Rani

BERSEMPENA bulan kemerdekaan, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan walaupun kita berada dalam musim pandemik. 

KFC Malaysia mengambil inisiatif menyemarakkan semangat orang ramai dengan melancarkan kempen 'Bucket Semangat Rakyat'. 

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain terutamanya pada musim sukar dan mencabar buat semua. 

Menariknya, kempen ini  juga menunjukkan bahawa KFC Malaysia mengambil berat serta prihatin mengenai keadaan rakyat dan sentiasa mahu membantu bersama rakyat Malaysia.

KFC Malaysia bertapak hampir 48 tahun dan sejak awal makanan segera ini menjadi kegemaran dan pilihan rakyat Malaysia.

Image

Menerusi kempen #BucketSemangatRakyat, dengan langkah yang mudah orang ramai boleh menghantar kata semangat dan mesej positif di ruangan komen pada hantaran platform media sosial Facebook dan Twitter KFC Malaysia bermula 18 Ogos hingga 31 Ogos ini.  

Bagi menunjukkan sokongan dan saling menjaga antara satu sama lain bersempena bulan kemerdekaan ini, KFC memilih kata semangat yang terpilih dan diabadikan pada bucket KFC yang ikonik, berinspirasi kata semangat anda.

Bucket ini kemudiannya akan dibuka untuk bidaan bagi semua rakyat Malaysia dan hasilnya akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukannya.

Jangan lupa kongsikan kata semangat anda bersama para rakyat Malaysia! Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang KFC atau akaun media sosial rasmi Twitter dan Facebook

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Ogos 2021 @ 9:44 PM