Polis hari ini mengedarkan fotofit dan gambar empat penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di Kepong, kelmarin.
Polis hari ini mengedarkan fotofit dan gambar empat penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di Kepong, kelmarin.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis hari ini mengedarkan gambar empat penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di Kepong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, imej yang diedarkan itu adalah rakaman di tempat kejadian manakala fotofit pula berdasarkan keterangan saksi.

"Setakat ini, pemeriksaan ke atas motosikal yang dinaiki suspek dikenal pasti sebagai Yamaha Y15ZR dan semakan nombor pendaftaran didapati palsu.

Polis hari ini mengedarkan fotofit dan gambar empat penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di Kepong, kelmarin.
Polis hari ini mengedarkan fotofit dan gambar empat penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di Kepong, kelmarin.

"Justeru itu, orang ramai mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Azrizal Khairul di takian 019-2769117 atau pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, kedai emas di Taman Usahawan, Kepong di sini, disamun empat lelaki dipercayai bersenjatakan kapak dan tukul, Ahad lalu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu suspek dikatakan meluru memasuki premis dan melarikan sejumlah barang kemas.

Keempat-empat suspek dipercayai warga tempatan melarikan barangan kemas bernilai RM50,000.

Berita berkaitan

Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas

Penyamun larikan empat dulang barang kemas [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 7:12 PM