Caprice.
Caprice.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Caprice sudah dihubungi polis dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan keterangannya akan dirakam dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pemilik nama Ariz Ramli itu baru sahaja berhubung dengan pegawai penyiasat setelah pihak Interpol menghubunginya.

"Jadi kita akan merekod keterangannya dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis semalam memohon bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.

Ebit membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial dipercayai turut berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin, baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 8:44 PM