Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan selesai.

Perbincangan bermula 3 petang dan selesai kira-kira sejam kemudian.

Kenderaan membawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin adalah yang pertama berangkat pulang.

Disusuli beberapa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SULTAN Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat pulang selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara. FOTO Asyraf Hamzah
SULTAN Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat pulang selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara. FOTO Asyraf Hamzah

Kemudian, pada 4.25 petang, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat pulang.

Ia disusuli dengan kenderaan membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kemudian jam 4.30 petang, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong berangkat pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 4:43 PM