PENJAJA berdaftar layak menerima pemberian secara ' one off ' sebanyak RM300 daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM). FOTO Rosman Shamsuddin
PENJAJA berdaftar layak menerima pemberian secara ' one off ' sebanyak RM300 daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM). FOTO Rosman Shamsuddin
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Seramai 810 penjaja yang aktif dan berdaftar layak akan menikmati bayaran secara sekali bayar (one off) RM300 daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) mulai bulan ini.

Yang Di Pertua (YDP) MDTM, Faizal Nizam Md Nor berkata bayaran berkenaan bertujuan membantu golongan terbabit yang terjejas akibat pandemik Covid-19 melalui Kerajaan Negeri Perak Perihatin.

Katanya, pemberian bayaran itu berdasarkan hasil dapatan kajian dan tinjauan serta pemantauan yang dilakukan oleh MDTM.

"Hanya penjaja yang berdaftar dengan Jabatan Perlesenan MDTM sahaja berhak menuntut bayaran secara 'one off' ini.

"Penjaja diberi tempoh enam bulan untuk membuat permohonan berhubung bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Faizal Nizam berkata pemohon atau penjaja dikehendaki mengemukakan salinan kad pengenalan , lesen perniagaan, buku akaun atau maklumat akaun dari institusi kewangan berdaftar ketika membuat permohonan.

Katanya, dokumen permohonan yang lengkap bolehlah dihantar di kaunter Bahagian Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Am MDTM pada setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

"Borang dan dokumen permohonan juga boleh dihantar melalui email kepada [email protected] atau melalui aplikasi Whatsaap di talian 0192013119.

"Bayaran akan dibuat kepada penjaja dalam tempoh 14 hari berkerja dari tarikh permohonan berkenaan.

"Pemohon yang sudah menerima bantuan dari Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tidak layak menerima pembayaran berkenaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 1:33 PM