SULTAN Ibrahim berkenan merasmikan pembukaan mesyuarat pertama Persidangan Keempat DUN Johor. FOTO Bernama
SULTAN Ibrahim berkenan merasmikan pembukaan mesyuarat pertama Persidangan Keempat DUN Johor. FOTO Bernama
Mohamed Farid Noh


Iskandar Puteri: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya tidak menjadikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini sebagai medan perbalahan politik dan perebutan kuasa.

Sebaliknya, Sultan Ibrahim bertitah, semua 56 ADUN Johor perlu menggunakan sesi DUN Johor untuk berbincang pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan ekonomi negeri Johor.

"Ahli dewan tidak perlu berbahas atau bawa usul yg tidak berkenaan. Awak semua mesti pentingkan rakyat di luar yang sedang susah, ada kelaparan, hilang pekerjaaan dan ada juga yg bertarung nyawa akibat wabak Covid-19 ini.

"Ini bukan masa untuk berbalah, tetapi ini masa untuk bersatu dan kerjasama. Jangan tanya orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihat cermin muka sendiri.

"Ingin saya ingatkan, Dewan Negeri ini tempat untuk berbincang dan buat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor.

"Jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan mulia bukan dewan sangkar beruk," titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian ketika bertitah pada pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14,hari ini.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 10:54 AM