NELAYAN yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Tanjung Hantu, Khamis lalu, ditemukan lemas. FOTO Ihsan APMM
NELAYAN yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Tanjung Hantu, Khamis lalu, ditemukan lemas. FOTO Ihsan APMM
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Nelayan yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Tanjung Hantu, di sini, Khamis lalu, ditemukan lemas, semalam.

Dalam kejadian 3 petang, mayat Amat Beramsah, 80, ditemui di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Pulau Talang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sebaik mendapat maklumat, aset APMM diarah ke lokasi bagi mengambil mayat mangsa bersama aset Pasukan Polis Marin (PPM).

"Mayat mangsa dibawa ke jeti PPM Kampung Acheh dan pengecaman dilakukan anak lelaki berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan warga emas itu hilang di kedudukan 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 1:25 PM