REPLIKA warung Pak Jabit yang dibina Faiz.

Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Kangsar: Minat mendalam terhadap seni reka bentuk diorama menarik perhatian pengarah filem terkenal Mamat Khalid menghasilkan replika warung Pak Jabit.

Lokasi gerai Pak Jabit terkenal menerusi filem arahan pengarah prolifik negara menerusi pelbagai filem seperti Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah dan Kampung Pisang bersiri-siri.

Berkongsi minatnya, Mohammad Nazrul Mohammad Faiz, 33, berkata, dia mula menghasilkan reka bentuk pelbagai diorama sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia pada mulanya sekadar mengisi masa lapang dan menjadikan pelbagai bangunan lama sekitar Perak sebagai rujukan seni dihasilkan.

"Saya terkejut apabila dihubungi Mamat dan meminta menghasilkan diorama warung Pak Jabit.

"Bagi saya permintaan itu dianggap satu pencapaian dalam minat ini kerana turut diminati pengarah filem tersohor," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, diorama yang dihasilkan berskala 35 kali lebih kecil daripada struktur asal dan dimulakan sejak awal Julai lalu.

Katanya, bagi memastikan diorama itu kelihatan sama dengan reka bentuk asal, saya pergi ke lokasi warung berkenaan untuk membuat lakaran.

"Saya menggunakan kayu balsa dan pelbagai material lain yang sesuai selain menggunakan cat minyak dan cat akrilik.

"Syukur diorama warung pak Jabit akhirnya berjaya disiapkan dan menunggu masa sesuai untuk diserahkan kepada abang Mamat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berakhir kelak," katanya.

Dia memberitahu minatnya itu turut gunakan sebagai sumber mata pencarian tambahan selain berniaga kecil-kecilan.

Tambahnya, kini dia semakin bersemangat membina pelbagai lagi replika diorama terutamanya bangunan lama sekitar Perak selain turut berniaga makanan.

Kuala Kangsar: Minat mendalam terhadap seni reka bentuk diorama menarik perhatian pengarah filem terkenal Mamat Khalid menghasilkan replika warung Pak Jabit.

Lokasi gerai Pak Jabit terkenal menerusi filem arahan pengarah prolifik negara menerusi pelbagai filem seperti Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah dan Kampung Pisang bersiri-siri.

Berkongsi minatnya, Mohammad Nazrul Mohammad Faiz, 33, berkata, dia mula menghasilkan reka bentuk pelbagai diorama sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia pada mulanya sekadar mengisi masa lapang dan menjadikan pelbagai bangunan lama sekitar Perak sebagai rujukan seni dihasilkan.

"Saya terkejut apabila dihubungi Mamat dan meminta menghasilkan diorama warung Pak Jabit.

"Bagi saya permintaan itu dianggap satu pencapaian dalam minat ini kerana turut diminati pengarah filem tersohor," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, diorama yang dihasilkan berskala 35 kali lebih kecil daripada struktur asal dan dimulakan sejak awal Julai lalu.

Katanya, bagi memastikan diorama itu kelihatan sama dengan reka bentuk asal, saya pergi ke lokasi warung berkenaan untuk membuat lakaran.

"Saya menggunakan kayu balsa dan pelbagai material lain yang sesuai selain menggunakan cat minyak dan cat acrylic.

"Syukur diorama warung pak Jabit akhirnya berjaya disiapkan dan menunggu masa sesuai untuk diserahkan kepada abang Mamat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir," katanya.

Dia memberitahu minatnya itu turut gunakan sebagai sumber mata pencarian tambahan selain berniaga kecil-kecilan.

Tambahnya, kini dia semakin bersemangat membina pelbagai lagi replika diorama terutamanya bangunan lama sekitar Perak selain turut berniaga makanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 6:45 PM