GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Redzuan Muharam


Petaling Jaya: Susur masuk dan ruang parkir di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban (arah utara) di Kilometer 272.2, Lebuhraya Utara-Selatan ditutup bermula tengah malam ini bagi kerja penyelenggaraan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan sehingga jam 2 petang 3 Ogos depan.

Sehubungan itu, laluan dan ruang parkir alternatif untuk kenderaan berat dibuka bagi membolehkan pengguna lebuh raya menggunakan kemudahan awam di R&R itu.

"Penyediaan ruang parkir alternatif itu juga bertujuan melancarkan kerja penyelenggaraan.

"Keselesaan pengguna tetap menjadi keutamaan PLUS sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

Pada masa yang sama, PLUS juga menasihatkan pengguna lebuh raya untuk berkunjung ke hentian sebelah Senawang (arah utara) di Kilometer 248 atau hentian sebelah Nilai

(arah utara) di Kilometer 287.2 sekiranya perlu mendapatkan kemudahan rehat alternatif yang lebih selesa sepanjang perjalanan mereka.

"PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh itu.

"Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama itu berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pengguna," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 6:25 PM