ABD Halim Ahmad menunjukkan hasil tanaman daripada pokok asam gelugor. FOTO Rosman Shamsudin
ABD Halim Ahmad menunjukkan hasil tanaman daripada pokok asam gelugor. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin


Slim River: Rasa sakit kepala, dada, sukar bergerak dan hilang deria rasa serta bau, itulah pengalaman yang tidak akan dilupakan bekas pesakit Covid-19, Abdul Halim Ahmad, 60.

Abdul Halim berkata beliau bersama empat anak dan cucu serta menantu yang berusia lapan bulan sehingga 42 tahun disahkan dijangkiti Covid-19 pada penghujung Mei lalu.

Katanya, selepas disahkan positif, mereka menjalani kuarantin di rumah sehinggalah kira-kira pertengahan Jun lalu dan kini sudah sembuh dan bebas daripada jangkitan Covid-19.

"Sepanjang menjalani kuarantin saya sering sakit kepala dan menyebabkan kesukaran untuk bergerak.

"Bila mandi pula, dada terasa sakit dan pedih serta hilang deria rasa dan bau sekaligus juga hilang selera makan," katanya.

Beliau berkata, isterinya Noraini Kasim, 63, bernasib baik tidak dijangkiti dengan wabak itu walaupun tinggal serumah.

Abd Halim menasihati supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jangan leka serta lalai terutama ketika berada di kawasan awam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 6:19 PM