Yoodo membantu rakyat Malaysia terus berhubung secara digital dan dapat berjimat sambil menikmati rangkaian internet terbaik.
Yoodo membantu rakyat Malaysia terus berhubung secara digital dan dapat berjimat sambil menikmati rangkaian internet terbaik.
Hanis Aliaa Hidzir

SEJAK tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu, kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Keadaan ini menyebabkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dengan ketara membabitkan aktiviti seperti e-pembelajaran, e-Kesihatan, e-Kerajaan, e-Dagang dan hiburan.

Sehubungan itu, Yoodo tampil dengan tawaran Jaringan Prihatin yang menjimatkan bagi membantu setiap individu terus mendapatkan maklumat dan berita terkini serta berhubung dengan insan tersayang.

Dikuasakan rangkaian 4G LTE terluas Celcom, Yoodo adalah syarikat perkhidmatan telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelan mudah alih boleh diubah suai serta perkhidmatan 100 peratus secara digital.

Image

Kolaborasi bersama Inisiatif Jaringan Prihatin

Pas Prihatin Yoodo kini boleh dinikmati oleh pengguna yang layak dengan hanya RM5 sebulan untuk 80GB data berkelajuan tinggi setiap bulan selama setahun.

Individu yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) hanya perlu muat turun aplikasi Yoodo, serta berdaftar untuk program Jaringan Prihatin untuk berjimat lebih banyak sambil menikmati lebih banyak internet menerusi program Jaringan Prihatin bersubsidi ini.

Pas yang mulanya diperkenalkan pada harga bulanan RM20 telah dikurangkan kepada hanya RM5 sebulan bagi membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran ketika pandemik.

Pas Prihatin ini memberikan data berkelajuan tinggi sebanyak 20GB sebulan.

Di samping itu, setiap hari pengguna boleh menebus Pas Prihatin Harian 2GB secara percuma bagi e-pembelajaran, kerja jarak jauh, permainan mudah alih, media sosial, penstriman muzik dan video.

Ini menjadikan jumlah bulanan sebanyak 80GB data internet berkelajuan tinggi bakal dinikmati pelanggan Yoodo tanpa perlu bayaran tambahan.

Bagi pengguna yang telah berdaftar untuk program Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi lain tetapi ingin menikmati tawaran luar biasa ini, pengguna boleh memilih untuk mengekalkan nombor telefon dan beralih ke Yoodo bagi melanggan pakej yang berbaloi ini.

Image

Yoodo memberikan pengguna fleksibiliti bagi menyesuaikan dan mengubah pelan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa sebarang kontrak mahupun bayaran tersembunyi.

Jika ingin membuat penambahan data khusus 20GB berdasarkan penggunaan aplikasi-aplikasi tertentu, pengguna juga boleh menikmati penjimatan sehingga 40 peratus dengan Add-on bagi aplikasi penstriman video, media sosial, permainan dalam talian dan aplikasi lain seperti Instagram, Spotify, Twitter dan banyak lagi dari harga serendah RM3.

Selain itu, pengguna turut boleh menikmati 20GB data tambahan bagi aplikasi TikTok, Mobile Legends: Bang Bang, dan iQiyi pada harga hanya RM1 sebulan bagi setiap aplikasi untuk masa terhad sahaja.

Image

Bagi pengguna baharu, muat turun aplikasi Yoodo sekarang, daftar, pesan kad SIM percuma anda dan nikmati penghantaran percuma hari ini.

Tambahan lagi, pengguna baru turut akan menerima data berkelajuan tinggi percuma sebanyak 5GB setelah mengaktifkan kad SIM mereka.

Selain memesan secara dalam talian, pengguna juga boleh mendapatkan kad SIM dari Celcom bluecube terpilih, outlet BHPetromarts dan Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia.

Lokasi-lokasi kedai tersebut boleh didapatkan di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman sesawang Yoodo.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih dari App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 4:54 PM