PENERIMA vaksin mendapatkan suntikan dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lanchang, Pahang. FOTO Farizul Hafiz Awang
PENERIMA vaksin mendapatkan suntikan dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lanchang, Pahang. FOTO Farizul Hafiz Awang
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin Covid-19 seperti yang dijual di pasaran dan tular di media sosial.

Kerajaan menjelaskan kad fizikal yang dijual itu tidak diiktiraf atau diterima sebagai bukti melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini dan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.

Setakat ini, hanya sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) boleh digunakan.

Orang ramai disaran merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.

Penjelasan itu diberikan menerusi penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 12.45 tengah hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 3:37 PM