KEADAAN di Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV) Univesiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). FOTO NADIM BOKHARI
KEADAAN di Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV) Univesiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). FOTO NADIM BOKHARI
BERNAMA

Kuching: Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Sarawak (CITF Sarawak) membenarkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini memberikan vaksin Covid-19 secara 'walk-in' atau jumpa terus kepada yang belum menerima janji temu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata mereka yang belum menerima janji temu vaksinasi dos pertama juga disarankan menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) masing-masing bermula 23 Julai sehingga 5 Ogos.

Janji temu vaksinasi boleh dibuat dengan menghubungi Bilik Gerakan JPBB di talian 082-507700 atau 082-507022 (Kuching), 082-673833 (Samarahan), 082-872472 (Serian), 083-320084 (Sri Aman), 083-472866 (Betong), 084-654396 (Sarikei), 084-317934/ 084-315653/ 084-322581 (Sibu), 013-6689968 (Kapit), 084-872088 (Mukah), 086-331742 (Bintulu), 085-322737 (Miri) dan 085-211744 (Limbang).

Hari ini Sarawak merekodkan 261 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 72,213 kes dan satu kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 450 orang.

Tiga kluster baharu turut diisytiharkan iaitu Kluster Jalan Demak Laut di daerah Kuching yang membabitkan 29 kes positif, Kluster Balai Ringin Melayu di Serian (48 kes positif) dan Kluster Sungai Sebatu di Meradong (99 kes positif).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 8:09 PM