GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di perut akibat ditikam jirannya dengan pisau ketika cuba meleraikan pergaduhan di Taman Permas Jaya, di sini, semalam.

Difahamkan mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara jiran sebelum ditikam suspek.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek dan mangsa adalah jiran.

Katanya, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 1.15 tengah hari.

"Suspek yang berumur 40-an ditangkap pada hari sama di kawasan kejadian pada 2.45 petang.

"Mangsa warga tempatan yang berumur 50-an masih ditahan di hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan dia dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Padzli berkata, permohonan reman dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Julai depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 3:42 PM