GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin harian menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatatkan peningkatan dengan 424,936 dos suntikan diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pemberian dos vaksin di negara mencecah 14,772,221 dengan 10,097,841 daripadanya penerima dos pertama manakala 4,674,380 dos kedua.

Melalui perkongsian infografik laporan harian pemberian vaksin di Twitternya, sebanyak 282,936 dos suntikan pertama diberikan semalam manakala 142,830 dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin di Selangor paling tinggi iaitu 88,025 dos pertama dan 26,531 lengkap dos kedua.

Ini disusuli Kuala Lumpur (55,695 dos pertama dan 24,662 dos kedua); Johor (22,882 dos pertama dan 3,970 dos kedua); Sabah (16,733 dos pertama dan 3,683 dos kedua); Sarawak (16,128 dos pertama dan 38,558 dos kedua) serta Pulau Pinang (14,379 dos pertama dan 8,036 dos kedua).

Negeri Sembilan pula mencatatkan pemberian 12,020 dos pertama dan 4,858 dos kedua, manakala Kelantan (11,640 dos pertama dan 5,309 dos kedua); Kedah (10,964 dos pertama dan 4,434 dos kedua) serta Perak (10,824 dos pertama dan 5,984 dos kedua).

Selain itu, sebanyak 9,412 dos pertama dan 2,988 dos kedua diterima di Melaka diikuti Pahang (8,076 dos pertama dan 6,791 dos kedua); Terengganu (2,694 dos pertama dan 3,174 dos kedua); Putrajaya (1,460 dos pertama dan 1,413 dos kedua); Perlis (753 dos pertama dan 644 dos kedua) serta Labuan (421 dos pertama dan 1,795 dos kedua).

PICK mula dilancarkan pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 11:45 AM