Memelihara al-Quran dengan baik termasuk menjaga cara bacaan menjadi sunnah yang sepatutnya diamalkan umat Islam.
Memelihara al-Quran dengan baik termasuk menjaga cara bacaan menjadi sunnah yang sepatutnya diamalkan umat Islam.
Hanis Aliaa Hidzir

SEBAGAI  mukjizat teragung Rasulullah SAW yang menjadi panduan hidup umat Islam, al-Quran mempunyai banyak kelebihan kepada pendampingnya. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: Dan tidak ada suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, lalu mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat akan menaungi mereka dan Allah akan menyebut mereka di hadapan malaikat di sisi-Nya. (HR Muslim).

Oleh itu, penting bagi umat Islam untuk memelihara al-Quran ini termasuklah membacanya dengan hukum tajwid yang betul.

Tidak kira berapa pun usia, hukum mempelajari tajwid adalah fardu kifayah dan wajib bagi setiap umat Islam membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid.

Justeru, tiada erti terlewat untuk seseorang muslim mempelajari dan menguasai asas penting ilmu tajwid al-Quran. 

Pendekatan pembelajaran al-Quran norma baharu

Image

Jika dahulu pembelajaran al-Quran dilaksanakan di masjid ataupun pusat-pusat pengajian, kini kelas pengajian secara dalam talian menjadi pilihan norma baharu orang ramai sesuai dengan situasi semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa. 

Walaupun diadakan secara dalam talian, pengajian al-Quran masih dapat dilaksanakan secara talaqqi dan musyafahah yang mana pelajar belajar secara berhadapan dengan guru serta memerhati gerak bibir guru bagi mendapatkan sebutan makhraj yang betul.

Melalui pendekatan ini, individu tanpa asas al-Quran berupaya membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid dalam tempoh masa dua bulan sahaja. 

Ini membuktikan kelas pengajian al-Quran yang diadakan secara dalam talian mampu memberikan impak yang berkesan sama seperti kelas bersemuka.

Sertai webinar Fast Track Quran secara percuma

Image

Bagi membantu menyelesaikan masalah bacaan orang ramai ketika tempoh PPN berfasa, platform Fast Track Quran bakal mengadakan seminar dalam talian percuma untuk orang ramai mempelajari Kaedah Haraki.

Webinar ini bakal merungkai rahsia buat para peserta mengenal huruf hijaiyah dengan mudah dan pantas.

Peserta Webinar Fast Track Quran akan menerima bimbingan daripada pengasas Kaedah Haraki iaitu Ustaz Zakaria #UstazMenari serta bersama-sama mempelajari teknik secara tarian dan bercerita untuk lebih memahami cara sebutan tajwid. 

Menerima lebih 4,000 peserta, kebanyakan mereka terutamanya saudara baru Islam memberikan respon positif apabila dapat membaca al-Quran bertajwid dalam masa singkat selepas menyertai Kelas Haraki Ustaz Zakaria yang diadakan 100 peratus secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. 

Justeru, Usrah Haraki Sdn Bhd menjemput masyarakat Islam Malaysia terutamanya saudara baru Islam, individu yang keliru dengan huruf bersambung dalam al-Quran atau mempunyai masalah tajwid untuk menyertai webinar percuma Fast Track Quran.

Untuk maklumat lanjut, layari https://cepatbacaquran.com dan segera mendaftar untuk menyertai Kelas Haraki Ustaz Zakaria yang akan berlangsung pada 7 Ogos 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 12:36 PM