GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencecah 14 juta dos, setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam perkongsian di Twitter hari ini berkata, sebanyak 344,961 pemberian dos vaksin Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhan setakat ini adalah 14,347,285 dos.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 9,815,735 orang menerima dos pertama manakala 4,531,550 orang menerima dos kedua.

Selain itu, katanya, daripada jumlah vaksin yang diberikan semalam, sebanyak 244,761 individu menerima suntikan dos pertama dan 100,200 dos kedua.

Selangor mencatatkan pemberian vaksin paling tinggi semalam dengan 70,236 dos pertama dan 21,287 dos kedua.

Ini disusuli Kuala Lumpur (40,624 dos pertama dan 24,235 dos kedua); Kedah (18,510 dos pertama dan 650 dos kedua); Sarawak (17,944 dos pertama dan 34,467 dos kedua); Negeri Sembilan (17,658 dos pertama dan 1,127 dos kedua) serta Pulau Pinang (16,828 dos pertama dan 1,049 dos kedua).

Johor merekodkan 15,686 dos pertama dan 1,454 dos kedua; Kelantan (13,515 dos pertama dan 1,919 dos kedua); Perak (12,591 dos pertama dan 428 dos kedua); Sabah (9,293 dos pertama dan 4,527 dos kedua) serta Terengganu (3,073 dos pertama dan 4,711 dos kedua).

Putrajaya pula merekodkan 2,873 dos pertama dan tiga dos kedua manakala Pahang (2,269 dos pertama dan 207 dos kedua); Melaka (2,210 dos pertama dan 611 dos kedua); Perlis (963 dos pertama dan 2,233 dos kedua) serta Labuan (488 dos pertama dan 1,292 dos kedua).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 11:38 AM