GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my


Jempol: Tidak puas hati kerana dibaling serpihan kerusi plastik ketika sedang menunggang motosikal menyebabkan seorang lelaki bertindak menyerang rakan sekampungnya.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian membaling serpihan kerusi plastik itu berlaku di Felcra Rompin di sini, pada Jumaat lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dikatakan membalas dendam apabila menyerang mangsa

jam 6.30 petang semalam.

"Lelaki terbabit dikatakan membawa besi pemotong tandan kelapa sawit sebelum menyerang mangsa yang berada di tepi sebuah warung.

"Suspek dikatakan menghayun besi pemotong buah kelapa sawit ke arah mangsa. Bagaimanapun mangsa sempat menahan dengan tangan kiri sebelum melarikan diri, "katanya tadi.

Chang Hook berkata, mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan tangan kiri mangsa patah.

Katanya, suspek kemudian ditangkap polis pada jam 9 malam semalam di rumahnya sebelum polis merampas besi pemotong tanda kelapa sawit.

"Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 7:38 PM