PENERIMA vaksin bergambar selepas selesai mengambil suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Rabu lalu. FOTO Aizuddin Saad.
PENERIMA vaksin bergambar selepas selesai mengambil suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Rabu lalu. FOTO Aizuddin Saad.
Fahmy A Rosli
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini, semalam melebihi 400,000 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam perkongsian di Twitter hari ini berkata, suntikan dos pertama sebanyak 276,905 dan 129,858 dos kedua.

"Jumlah pemberian vaksin COVID-19 pada 16 Julai ialah 406,763 dos," katanya.

Berdasarkan data dimuat naik di Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), Selangor mencatatkan pemberian vaksin paling tinggi semalam dengan 85,865 dos pertama dan 27,553 dos kedua.

Ini disusuli Kuala Lumpur (52,512 dos pertama dan 16,377 dos kedua), Sarawak (22,163 dos pertama dan 46,266 dos kedua), Negeri Sembilan (18,087 dos pertama dan 4,716 dos kedua), Perak (18,417 dos pertama dan 5,726 dos kedua) dan Pulau Pinang (17,986 dos pertama dan 5,726 dos kedua).

Johor merekodkan 13,516 dos pertama dan 4,368 dos kedua, diikuti Sabah (12,362 dos pertama dan 8,531 dos kedua), Kedah (11, 383 dos pertama dan 606 dos kedua), Pahang (9,030 dos pertama dan 3,649 dos kedua), Melaka (7,368 dos pertama dan 5,420 dos kedua), Terengganu (2,349 dos pertama dan 79 dos kedua) dan Putrajaya (2,128 dos pertama dan 396 dos kedua).

Kelantan pula merekodkan pemberian 1,781 dos pertama dan 407 dos kedua, disusuli Perlis (1,707 dos pertama dan 1,678 dos kedua) dan Labuan (251 dos pertama dan 1,935 dos kedua).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 12:39 PM