GAMBAR hiasan. FOTO ArkibNSTP
GAMBAR hiasan. FOTO ArkibNSTP
Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Seramai 129,835 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 layak melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2021/2022 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan Ogos ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr Husaini Omar berkata, ia membabitkan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

"Kepada yang gagal dalam permohonan berkenaan boleh merayu selama 10 hari bermula hari ini sehingga 26 Julai depan melalui pautan www.mohe.com.my.

"Keputusan permohonan berkenaan boleh di semak bermulai hari ini," katanya ketika sidang media selepas Lawatan Menteri Pengajian Tinggi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dekat sini.

DR Noraini  ketika mengadakan lawatan ke PPV Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), hari ini. FOTO Essa Abu Yamin
DR Noraini ketika mengadakan lawatan ke PPV Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), hari ini. FOTO Essa Abu Yamin

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sebanyak 40 IPTA di seluruh negara sudah menjadi PPV dengan terbaharu di UTHM bermula semalam.

"Pembukaan PPV di IPTA juga dijangka mampu membantu kerajaan mencapai sasaran 80 peratus rakyat menerima vaksin menjelang hujung tahun ini sekali gus mengekang penularan virus Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 4:13 PM