HASNI (tengah) menyerahkan kit ujian kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu (kanan). FOTO Ihsan Pejabat Menteri Besar Johor.
HASNI (tengah) menyerahkan kit ujian kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu (kanan). FOTO Ihsan Pejabat Menteri Besar Johor.
Nurul Amanina Suhaini


Kota Iskandar: Kerajaan negeri menambah sebanyak 130,000 kit ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) bagi meningkatkan kadar saringan dalam kalangan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, penambahan turut membabitkan sebanyak 50,000 kit bagi Rapid Test Kit atau kit ujian pantas (RTK) menggunakan sampel air liur.

Katanya, bekalan dua jenis ujian Covid-19 itu sekali gus dapat membantu Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melakukan lebih banyak ujian dari semasa ke semasa.

"Pembelian kit ujian ini adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan bulan lalu.

"Harapan saya, masyarakat bukan hanya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial, malah dapat melakukan ujian saringan secara kendiri pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus dapat meningkatkan lagi pengurusan atau memperkukuhkan pengurusan pandemik Covid-19 di Johor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 5:30 PM