GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah yang dijadualkan tamat hari ini dan esok dilanjutkan lagi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Penjara Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah yanbg sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan bermula esok hingga 25 Julai depan.

"Satu lagi lokaliti adalah Kampung Nahaba di Kota Belud, Sabah yang sepatutnya tamat esok tetapi dilanjutkan bermula Selasa (13 Julai) hingga 26 Julai depan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 7:39 PM