HUAWEI nova 8i jadi rebutan pengguna terutama generasi muda - FOTO HUAWEI
HUAWEI nova 8i jadi rebutan pengguna terutama generasi muda - FOTO HUAWEI
Mohammad Asyraf Khalib

SEJAK kemunculan telefon pintar siri HUAWEI nova di pasaran, peranti ini terkenal dengan rekaan memukau serta sarat pelbagai ciri canggih yang menjadi buruan peminat teknologi.

Terbaharu, HUAWEI nova 8i tampil lebih menggoda dengan reka bentuk menarik, prestasi lebih berkuasa dan menjanjikan pengalaman gaya hidup sempurna terutama bagi generasi muda.

Bagi pengguna yang mencari telefon pintar baharu, berikut enam sebab utama HUAWEI nova 8i perlu berada dalam senarai peranti pilihan.

1. Sistem kamera terbaik 64MP

Image

Masalah utama sering mengganggu pengguna adalah ketidakupayaan kamera telefon mereka mengambil gambar seperti diinginkan.

Ia berikutan, lensa kamera yang canggih dengan pelbagai fungsi dan kualiti kebanyakannya hanya terdapat pada kamera DSLR sahaja. 

Namun, tiada individu yang sanggup membawa kamera sebesar itu ke merata tempat setiap hari hanya untuk mengambil sekeping gambar memukau.

Dengan HUAWEI nova 8i, pengguna tidak perlu risau kerana peranti ini membolehkan anda berkarya seperti jurugambar profesional dengan empat lensa berbeza dalam satu telefon pintar. 

Ia merangkumi kamera utama 64 megapiksel (MP) f/1.9, kamera Ultra-Sudut Lebar 8MP, Kamera Makro 2MP f/2.4 dan Kamera Kedalaman 2MP f/2.4.

Tidak cukup dengan itu, peranti ini turut disertakan Kamera Quad AI, dengan sensor 1/1.7 inci yang menghasilkan kualiti gambar lebih luar biasa. 

Dengan sistem kamera yang hebat seperti ini, pengguna juga dapat menikmati pelbagai ciri menarik seperti Super Wide Angle yang membolehkan gambar diambil dalam sudut lebih luas. 

Pendek kata, tiada lagi masalah seperti terpaksa berhimpit dengan rakan sewaktu bergambar secara berkumpulan.

Selain itu, HUAWEI nova 8i turut disertakan teknologi Super Night Shot 2.0 yang membantu menambah kualiti gambar ketika ia diambil pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. 

Pengguna tidak perlu menyunting gambar untuk menambah baik pencahayaan kerana peranti ini boleh menyesuaikan mod malam secara automatik mengikut keadaan cahaya. 

Bagi mereka yang gemar berswafoto, HUAWEI nova 8i wajib dijadikan pilihan utama kerana ia hadir dengan kamera Super Selfie AI Beauty 16MP yang dilengkapi dengan sensor suhu warna untuk mengesan cahaya sekali gus menghasilkan gambar swafoto lebih menawan.

2. Teknologi SuperCharge 66W

Image

Isu telefon pintar kerap kehabisan bateri dan pengguna terpaksa menunggu lama untuk mengecas semula peranti bukan perkara baru. 

Disebabkan itu, sebagai peneraju teknologi bateri telefon pintar dalam industri, HUAWEI tampil dengan teknologi baharu HUAWEI SuperCharge 66W.

Berdasarkan rekod, HUAWEI nova 8i mampu mengecas bateri sehingga 68 peratus dalam tempoh 20 minit dan bateri penuh sempurna dalam 38 minit sahaja.

Ditambah pula dengan kapasiti bateri 4300 mAH, pengguna tidak perlu risau untuk mengecas peranti berulang kali.

3. Rekaan cantik, paparan luas

Image

Kelebihan ketiga yang menarik perhatian pengguna adalah paparan peranti yang luas dan besar. 

HUAWEI nova 8i hadir dengan Super Screen 6.67 inci HUAWEI Edgeless Display dengan nisbah 94.7 peratus skrin ke badan peranti, menjanjikan pengalaman tontonan lebih memuaskan. 

Dengan skrin luas dan tipis, pengguna juga boleh bermain permainan mudah alih sepuas hati tanpa had paparan. 

HUAWEI nova 8i boleh dimuatkan ke dalam poket atau beg kecil dan mudah dibawa ke mana saja.

Bagi pengguna yang kerap menonton skrin telefon pada waktu lama, anda tidak perlu risau kerana HUAWEI nova 8i turut disertakan teknologi TUV Rheinland.

Ia menggunakan perisian generasi kedua yang ditingkatkan bagi melindungi mata pengguna daripada terdedah sinaran cahaya biru. 

Selain itu, pengguna juga dapat menikmati perlindungan mata dengan teknologi Intelligent Colour Correction yang berupaya meminimumkan perubahan warna. 

Dari segi rekaan, HUAWEI nova 8i tampil memukau dengan rekaan 4D melengkung, menawarkan sentuhan lebih lembut, selesa dan kemas dalam genggaman. 

Ia hadir dalam tiga warna memukau iaitu Moonlight Silver, Starry Black dan Interstellar Blue. 

Menarik untuk pilihan Moonlight Silver, warna pada bahagian belakang badan peranti boleh berubah mengikut pencahayaan dan sudut. 

Dalam erti kata lain, pengguna tidak perlu mencari sarung peranti tambahan kerana warna HUAWEI nova 8i sudah cukup sempurna digayakan mengikut fesyen harian. 

4. Pengalaman permainan menyeronokkan

Bagi meningkatkan pengalaman permainan mudah alih, HUAWEI nova 8i dilengkapi dengan sistem tujuh antena yang direka khas pada bahagian sisi peranti khusus bagi kegunaan dalam orientasi landskap. 

Dengan teknologi ini, pengguna dapat menikmati capaian sambungan internet lebih lancar tanpa sekatan terutama ketika bermain permainan mudah alih atau menonton video secara dalam talian.

Sementara itu, peranti ini turut disertakan dengan Smart Game Assistant yang membolehkan pengguna mengaktifkan mod 'Do Not Disturb' bagi mengelakkan sebarang gangguan seperti panggilan masuk ketika bermain. 

Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh membaca dan membalas mesej ketika bermain menggunakan fungsi tetingkap perbualan yang terpapar di skrin sama tanpa perlu keluar daripada permainan. 

Bagi mengelakkan peranti terlalu panas ketika permainan, HUAWEI nova 8i juga dilengkapi penebat termal tinggi graphene untuk membebaskan haba sekali gus mengekalkan peranti pada suhu optimum. 

5. Kapasiti ruang simpanan besar

Mengambil gambar, merakam video atau muat turun lagu kegemaran pasti menjadi keutamaan bagi pengguna telefon pintar. 

Namun, masalah ruang simpanan telefon yang kecil seringkali menyebabkan anda terpaksa memindahkan data ke komputer riba. 

Dengan HUAWEI nova 8i, masalah ini dapat diselesaikan kerana ia disertakan dengan kapasiti simpanan sebesar 128GB, cukup untuk menyimpan semua data kegemaran dalam satu peranti.

6. Lebih efisien 

Image

Mendepani peralihan teknologi alaf baru, HUAWEI terus komited menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan efisien. 

Dengan HUAWEI MeeTime, pengguna dapat berhubung dengan lebih efisien menerusi sokongan perkongsian skrin untuk semua peranti HUAWEI termasuk menambah 'doodle' dan nota dalam masa nyata. 

Selain itu, HUAWEI nova 8i menawarkan lebih kemudahan dengan teknologi Smart Screenshot. 

Jika sebelum ini anda mungkin kerap mengeluh kerana tersilap menekan butang sisi untuk fungsi tangkap layar, tetapi dengan HUAWEI nova 8i, masalah itu selesai. 

Ini kerana peranti ini membolehkan anda menangkap layar atau merakam skrin dengan mudah menerusi ciri isyarat jari atau ketukan skrin. 

Tidak cukup dengan itu, pengguna juga dapat menikmati ciri Multi-Window yang membenarkan anda menggunakan plebagai aplikasi berbeza dalam satu skrin sahaja. 

Lebih menarik, paparan Multi-Window itu juga boleh berfungsi serentak dengan fungsi Floating Window yang menyokong sehingga tiga aplikasi pada satu masa. 

Sesuai dengan teknologi yang serba canggih, HUAWEI nova 8i menyokong EMUI 11, menawarkan ciri keselamatan dan privasi yang membolehkan pengguna menyimpan data dengan selamat dalam aplikasi Notepad. 

Maklumat pada gambar seperti model peranti dan parameter gambar juga dapat dibuang sebelum dikongsikan kepada orang lain. 

Sementara itu, pengguna berpeluang menerokai lebih banyak keseronokan menerusi ciri Petal Search yang terdapat pada AppGallery. 

Ciri ini membolehkan anda membuat carian aplikasi atau sebarang maklumat dengan mudah dan cepat. 

Peraduan HUAWEI nova 8i #SUPERnovaMY

Image

Bagi pengguna TikTok yang sentiasa mencari cabaran baharu, HUAWEI kini memperkenalkan peraduan #SUPERnovaMY bermula 9 Julai hingga 15 Julai 2021. 

Ia satu peluang hebat untuk anda mempamerkan bakat tarian seterusnya memenangi sebuah HUAWEI nova 8i*!

Untuk menyertai peraduan ini, ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Sahut cabaran tarian #SUPERnovaMY.
  2. Rakam video tarian dan muat naik ke akaun TikTok dengan tanda pagar #SUPERnovaMY #HUAWEInova8i #SuperCamera.
  3. Pastikan akaun TikTok anda dalam tetapan umum.

*Tertakluk Terma & Syarat.

Pemenang akan diumumkan pada 18 Julai 2021, jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai #SUPERnovaMY di TikTok!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh ikuti @huaweimalaysiafansclub di TikTok.

Pratempah HUAWEI nova 8i sekarang!

Image

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh membuat pratempahan HUAWEI nova 8i bermula sekarang sehingga 21 Julai ini kerana banyak hadiah menarik bernilai sehingga RM260 menanti anda seperti:

  • HUAWEI Entertainment Gift 
  • Tiga bulan langganan VIP HUAWEI Music
  • Satu bulan akses VIP HUAWEI VIDEO
  • Satu bulan simpanan HUAWEI Cloud bersaiz 200GB 

*Selagi stok masih ada

Justeru jangan lepaskan peluang untuk membuat pratempahan HUAWEI nova 8i sekarang menerusi HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 9:13 AM