GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Melvin Joni

Padawan: Seorang tukang cuci menerima padah apabila ditahan polis kerana membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa ragut bagi menyelamatkan diri selepas membelanjakan wang milik majikannya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 25 tahun dari Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa pada 28 Jun lalu.

Katanya, suspek mengatakan ketika dia sedang menunggang motosikal tidak jauh dari sebuah restoran makanan segera di MJC, beg silangnya yang mengandungi RM3,600 diragut oleh dua lelaki bermotosikal dari belakang.

"Namun selepas disoal siasat, suspek akhirnya mengaku membuat laporan polis palsu.

"Alasan suspek membuat laporan palsu adalah kerana dia telah membelanjakan wang milik majikannya untuk membeli keperluan harian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, wang yang digunakan suspek itu adalah milik majikan yang menang judi dalam talian.

Katanya, suspek ditahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 12:52 PM