GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini melebihi 5,000 untuk empat hari berturut-turut apabila mencatatkan 5,803 kes pada hari ini dengan 81 kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 728,462 kes.

"Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,108 kes; diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628); Sarawak (491); Melaka (355); Johor (329); Pahang (220); Sabah (189); Kedah (186); Pulau Pinang (160) dan Perak (137).

"Kelantan pula mencatat 103 kes; Labuan (99); Terengganu (29); Putrajaya (24) dan Perlis empat kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,193 kes sembuh direkodkan pada hari ini menjadikan keseluruhan kes sembuh yang dicatatkan ialah 662,932 kes.

"Sebanyak 866 kes pula kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana daripada jumlah itu seramai 435 menerima bantuan pernafasan.

"Sebanyak 81 kes kematian pada hari ini yang membabitkan 30 kes di Selangor, 14 kes di Kuala Lumpur, 12 kes di Johor, sembilan kes di Negeri Sembilan, lima kes di Sarawak, masing-masing tiga kes di Pahang dan Melaka, dua kes di Labuan dan satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Terengganu," katanya.

Menurutnya, 14 kluster baharu dilaporkan pada hari ini sembilan daripadanya adalah kluster di tempat kerja.

"Jumlah kluster yang tamat adalah sebanyak 1,887 kluster manakala 868 kluster dikesan masih aktif," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 7:30 PM