PPV Mega Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai 78 ruang suntikan dengan 1,600 ruang menunggu dalam satu-satu masa

Suraya Roslan

Kuala Lumpur : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Stadium Nasional Bukit Jalil memulakan operasi semalam dengan kemampuan kapasiti sehingga 10,000 dos sehari.

Pembukaan PPV Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersesuaian dengan pelaksanaan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk yang bermula di Lembah Klang.

Fasa ketiga akan memberi keutamaan kepada individu yang sudah mendaftar sejak 23 Februari lalu, berasaskan konsep first come, first serve.

Dengan kapasiti 10,000 dos sehari, PPV ini akan menumpukan vaksin kepada golongan bawah 40 tahun di Lembah Klang.

PPV Mega Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai 78 ruang suntikan dengan 1,600 ruang menunggu dalam satu-satu masa
PPV Mega Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai 78 ruang suntikan dengan 1,600 ruang menunggu dalam satu-satu masa

Seluruh trek balapan stadium bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PPV berskala besar itu mempunyai 78 ruang suntikan dengan 1,600 ruang menunggu dalam satu-satu masa.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 8 malam, setiap hari.

Kapasiti harian suntikan semalam berjumlah 3,280 orang dengan kapasiti maksimum 10,000 orang.

SERAMAI 355 petugas dan sukarelawan ditempatkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.
SERAMAI 355 petugas dan sukarelawan ditempatkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.

Seramai 355 petugas dan sukarelawan ditempatkan di PPV mega itu terdiri daripada 172 penjawat awam, 30 pegawai dan anggota polis, 63 petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), 20 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta 10 sukarelawan dari Malaysia Airlines.

Pembukaan PPV itu antara usaha dilakukan KBS menjayakan inisiatif diterajui Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Pick melalui penggunaan fasiliti secara optimum.

Bagi penerima vaksin, Nurul Liyana Mohamad Ridhwan, 28, yang sudah mendaftar sejak Februari lalu, pembukaan PPV berskala besar itu meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat.

SERAMAI 355 petugas dan sukarelawan ditempatkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.
SERAMAI 355 petugas dan sukarelawan ditempatkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Semalam saya check MySejahtera dan hari ini dapat terus janji temu jam 4 petang.

"PPV ini sangat selesa, tidak perlu beratur dan bersesak. Saya tiba awal sekitar jam 3.15 petang tadi dan tepat 3.30 petang tadi terus menerima suntikan pertama vaksin Sinovac," katanya kepada Harian Metro.

Dia yang juga seorang guru berkata, dirinya tidak perlu menunggu lama dan proses yang teratur selain bantuan daripada sukarelawan begitu memudahkan pengalaman mendapatkan vaksin pencegahan Covid-19 itu.

Penerima vaksin, Muhammad Hakimi Mohd Nasri, 21, pula berkata, dia mendaftar untuk program vaksinasi itu pada 23 Februari lalu dan gembira terpilih untuk menerima suntikan vaksin.

"Walaupun saya muda, namun saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan, selain ini saja penyelesaian terbaik supaya negara bebas Covid-19," katanya.

Muhammad Hakimi berkata, dia berpuas hati dengan layanan dan kecekapan petugas di PPV itu yang memudahkan urusannya mendapatkan suntikan pertamanya.

INFOGRAFIK
INFOGRAFIK

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 6:45 AM