Kapsyen : Jualan pertengahan tahun HONOR tawar potongan harga hingga RM400 - FOTO HONOR
Kapsyen : Jualan pertengahan tahun HONOR tawar potongan harga hingga RM400 - FOTO HONOR
Nurshafika Suhaimi

SEMPENA jualan pertengahan tahun, HONOR Malaysia menawarkan promosi, diskaun dan tawaran menarik untuk beberapa produk terpilih.

Jualan hebat yang bermula 6 Jun hingga 30 Jun ini menawarkan potongan harga sehingga RM400 untuk setiap pembelian komputer riba, jam tangan pintar dan gelang pintar.

Tawaran produk-produk HONOR adalah seperti di bawah:

Image

Siri HONOR MagicBook – Perlindungan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa

Bagi setiap pembelian komputer riba HONOR MagicBook 15, pembeli akan menikmati ganjaran bernilai sehingga RM400 merangkumi baucer RM100, beg galas HONOR, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

Manakala untuk pembelian komputer riba HONOR MagicBook Pro, pembeli mendapat rebat segera RM80 bersama beg galas HONOR serta tetikus Bluetooth bernilai RM228.

Untuk pengetahuan semua, HONOR MagicBook 15 bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 piksel yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5 dan fungsi WIFI-6 yang lebih cekap.

Bukan itu sahaja, HONOR MagicBook 15 turut dipasang dengan kapasiti memori RAM 16GB berasaskan medium DDR4 dengan jumlah storan 512GB SSD.

Sementara itu, HONOR MagicBook Pro yang hadir dengan skrin 16.1 inci menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H.

Memori komputer riba ini ialah 16GB RAM jenis DDR4 dan storan PCIe NVMe SSD sebesar 512GB.

Skrin kedua-dua HONOR MagicBook ini diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland bagi melindungi mata daripada cahaya biru.

HONOR MagicWatch 2 – Jam tangan pintar bergaya dengan panggilan Bluetooth.

Image

Selain itu, HONOR turut memberi potongan harga RM80 bagi produk HONOR MagicWatch 2 Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 Flax Brown.

Manakala, rebat RM50 diberikan untuk produk HONOR MagicWatch 2 Agate Black serta botol air percuma bagi mana-mana pembelian jam pintar berkenaan.

Apa yang menariknya, jam tangan pintar berkenaan menyediakan lebih 100 mod senaman, aktiviti berlari, mendaki, berenang, memanjat dan triathlon.

Peranti berkenaan juga dilengkapi fungsi mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) serta mengawasi dan mendiagnosis enam jenis masalah tidur.

Rangka HONOR MagicWatch 2 yang diperbuat daripada keluli 316L ini menawarkan jangka hayat bateri luar biasa kerana mampu bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

HONOR Band 6 – Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan lama

Image

Bagi mereka yang sedang mencari gelang pintar dengan pelbagai fungsi, anda boleh dapatkan HONOR Band 6 baru dengan rebat segera RM20.

Berbanding generasi sebelumnya, saiz skrin HONOR Band 6 148 pertaus lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368X194. Jadi pengguna dapat membaca maklumat dengan lebih jelas.

Gelang pintar ini turut dilengkapi 10 mod senaman, sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur ketepatan oksigen darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid.

Bateri gelang pintar HONOR Band 6 mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal dan pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk 3 hari.

HONOR Band 6 boleh didapati alma warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, rebutlah peluang ini untuk membeli peranti idaman pada harga diskaun.

Untuk maklumat lokasi wakil penjual HONOR terpilih di seluruh Malaysia, anda boleh menyemak senarai pautan berikut atau terus ke laman sesawang rasmi HONOR.

Wilayah Utara : http://bit.ly/HONORMidYearSaleNorthernRegion

Wilayah Selatan & Pantai Timur : http://bit.ly/HONORMidYearSaleSouthernAndEastCoast

Wilayah Tengah :http://bit.ly/HONORMidYearSaleCentralRegion

Sabah & Sarawak :http://bit.ly/HONORMidYearSaleEastMalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 5:13 PM