FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Shah Alam: Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh ketika memancing di Sungai Rasah, Klang, Hulu Selangor, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.03 malam, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, operasi mencari mangsa yang berusia 30-an itu, diteruskan bermula 9 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan (K9).

"Pihak bomba melakukan pencarian menggunakan teknik 'surface searching' (pencarian di permukaan air) di sekitar lokasi berkenaan untuk mengesan mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 10:06 AM