LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Reman pasangan suami isteri yang mendera seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dalam kejadian di Felda Raja Alias Empat 4 Jun lalu disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua suspek berusia 34 dan 35 tahun sebelum itu direman empat hari bermula Sabtu lalu hingga hari ini.

Katanya sambungan reman sehingga Jumaat ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001.

"Ketika ini kanak-kanak terbabit masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Jempol," katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri ditahan polis selepas mendera kanak-kanak terbabit dengan kejadian itu dilaporkan oleh orang ramai kepada polis.

Kedua-duanya kemudian direman selama empat hari manakala kanak-kanak terbabit yang juga adik kepada suspek lelaki dihantar ke HTAN bagi menerima rawatan.

Selain dipukul dengan rotan dalam kejadian 9 pagi 4 Jun lalu selepas mangsa dipercayai membaling batu ke rumah jiran, mangsa pernah dipukul dengan penyangkut baju pada Ramadan lalu kerana disyaki mencuri.

Berita berkaitan

  • Reman suami isteri dera budak disambung 3 hari
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 8:43 PM